*Nota:Saya tidak menerangkan semua kerana ceritanya terlalu panjang.....
Ringkasan ini tentang Nabi Muhammad s.a.w. . Cerita ini ceritakan keturunannya dan lain-lain. Ibunya bernama Aminah Binti Wahab dan ayahnya bernama Abdullah Bin Abdul Muttalib.
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dibidni oleh Siti Syifa' , iaitu ibu kepada sahabat Nabi yang terkemuka Abdul Rahman Bin Auf. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan, banyak perkara - perkara pelik yang tidak pernah berlaku oleh akal manusia akan berlakunya.Banyak bahagian peristiwa pelik dan anih yang dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman Bin Auf. Di rumah Abdul Muttalib pula, berhala-hala yang berdiri megah di sekeliling Ka'abah semua tumbang seperti ditolak oleh suatu tenaga yang kuat dari arah Ka'abah.
Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berumur beberapa hari, ibunya, Siti Aminah, telah berusaha mencari seorang perumpuan penyusu untuk menjadi ibu susu Nabi Muhammad s.a.w. kepadanya. Perubatan ini tidak ganjil kerana ini semua sudah menjadi adat kepada ramai ibu yang berada di Kota Mekah pada zaman itu. Siti Amirah akhirnya telah menemui seorang perempuan penyusu yang tinggal di dalam kawasan pendalaman atau dusun iaitu didesa bani Saad bernama Halimah Binti Abu Zu'aib as-Sa'adiah yang lebih terkenal Halimatus Sa'adiah. Suaminya pula, bernama al-Harith Bin Abdul Uzza.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berumur 6 tahun, ibunya Siti Aminah Binti Wahab telah membawa Nabi Muhammad ke Kota Yathrib(Madinah) untuk menziarahi makam ayahnya yang meninggal dunia dan dikebumikan di sana.Nabi Muhammad s.a.w. berangkat ke Yathrib hanyalah bersama-sama ibunya dan ditemani oleh Ummu Aiman, pengasuhnya.
Setelah menjalani kehidupan selaku seorang Nabi dan Rasul Ulul Azmi yang teragong, maka menjelang waktu Subuh hari Isnin pada tanggal tarikh 12 haribulan Rabiul Awwal tahun ke 11 hijrah, wafatlah Nabi Muhammad s.a.w. ketika dia sedang bersandar pada dada isteri tercintanya bernama Ummul Mu'minin Siti Aisyah Binti Abu Bakar as-Siddiq rha.Ketika itu dia sudah pun berusia 63 tahun 3 hari(mengikut perhintungan tahun qamariah) Jika mengikut perhintungan tahun syamsiah ,usia Nabi Muhammad s.a.w. ketika wafat ialah 61 tahun 84 hari.
Nabi Muhammad s.a.w. dikebumikan pada malam hari, iaitu pada malam Khamis akhirnya (15 Rabiul Awwal tahun ke 11 hijrah)..Nabi Muhammad seorang Nabi yang mulakan agama Islam..
Soalan:
1:Ada beberapa Nabi dan memberikan semua nama mereka.
2:Siapakah Aminah binti Wahab?
3:Siapakah ayah Nabi Muhammad s.a.w.?
4:Apa erti 'Quraisy'?
5:Apa terjadi apabila Nabi Muhammad s.a.w. baru dilahirkan?

No comments:
Post a Comment