Monday, August 24, 2009
Bulan Ramadan
Selamat hari semua! Sudah tiba pun bulan Ramadan, bulan yang kami wajib untuk berpuasa..
Sementara berpuasa, apa yang kami wajib dan tidak perlu buat? Mudah sahaja.. Pertama, selepas Imsak(takut salah ejaan lah..hehehe), kami tidak boleh memakan, meminum dan memasuki apa-apa benda di dalam mulut kita ketika mengambil air sembahyang....
Janganlah mendahagakan diri kamu sendiri.. Itu membuat kamu lebih susah untuk menahan hingga buka puasa iaitu selepas azan maghrib
Jika boleh, jangan membuat kerja-kerja yang perlu menggunakan banyak tenaga seperti bola sepak dan permainan-permainan lain
Thursday, August 13, 2009
Hari Cuti di Desaru(9 Ogos 2009)
Semasa warga-warga Singapura seperti kamu dan saya ini menyambut Hari Kebangsaan Singapura di Singapura, saya sekeluarga telah pergi ke Desaru di Malaysia bersama Kawan-Kawan ibubapaku.Semasa di sana,ada situasi yang agak pelik dan ada juga yang menarik.Kami ke sebuah hotel Desaru apabila kami sudah tiba..Namun,Kami perlu menunggu 2 jam,dari pukul 1 petang hingga 3 petang..Apa pula kami semua membuat semasa menunggu bilik hotel kami?Kami telah bersembahyang di sebuah Surau(Malaysia ada banyak) yang ada di sana.Selepas itu,kami telah pergi ke sebuah restoran(bukan di Hotel Desaru) yang berada tidak jauh daripada Hotel Desaru itu.Akhirnya,kami dapat juga sebuah bilik.
Apabila Kami memasuki bilik itu,kami berasa yang ada benda sedang tinggal di bilik kami...Kami membaca doa sahaja.Ahkirnya juga,benda itu tidak mengacau kami lagi..Sebelum persambutan Hari Kebangsaan Singapura yang kami menonton semasa di Desaru,Saya,Ayah saya dan dua-dua abang saya bermain bola sepak bersama rakan ibubapaku(mestilah semua lelaki) bersama dua warga Singapura yang kami terjumpa(bukan benda hehehehehe) .
Sudahlah.Ceritanya sangat panjang.Malas nah buat.Hehehehehe.
Saturday, July 18, 2009
Ringkasan 2
Saya terbaca sebuah cerita tentang seorang ibu yang perlu menolong anaknya di sekolah....Anaknya tidak perlu pertolongan daripada ibunya,tetapi ibunya rasa bahawa anaknya perlu ibunya walaupun di sekolah.Pelik kan?Anaknya muda usianya.Saya rasa bahawa dia tidak perlu ibunya,tetapi ibunya risau tentangnya..
Ringkasan 1
Saya tidak selesaikan buku ringkasan...Hehehehe.Olehkerana Saya malas nak buat dan saya sering ada kerja lain yang perlu buat lalu ada sentuk masa untuk selesaikan..Saya tidak menyelesaikannya...hehehehehehehehe....Saya sering membaca surakhabar tentang tiga ornag yang menyesalkan sesuatu rakan dahulu nya.Wah.Teruknya kawannya kena bantai.....
Monday, July 6, 2009
Buku Yang Bernama 'Lambaian Kasih'
Buku ini ialah sebuah novel memaparkan kisah tiga sahabat yang setia dari sejak bangku sekolah, iaitu Siti Aisyah,Salina dan Maria,tetapi latar belakang hidup masing-masing agak berlainan, dan didikan keluarga mereka amat ketara bezanya. Maria yang dibesarkan dalam suasana hidup yang mewah, bebas dan berani, namun akhirnya dia kecewa, gagal dalam hidupnya ,tercebur dalam kancah maksiat yang sangat mengecewakan ayah dan ibunya.Rakannya Salina pun juga kecewa, meskipun mendapat perhatian ayahnya dengan baik, tetapi ibunya terpaksa berlaku curang kerana mengejar hidup mewah dan inginkan wang yang banyak...Siti Aisyah pula mendapat bimbingan ayahnya yang menjadi Ustaz, lantaran penjagaan yang rapi dia dapat mencapai darjat gadis misali yang selalu diharapkan oleh ibu bapa dan masyarakat. Novel yang patut dijadikan contoh tauladan bagi para pemudi dari generasi baru terkini..
Sunday, March 22, 2009
Book Review(Malay) Title:Kisah 25 Nabi-Nabi
*Nota:Saya tidak menerangkan semua kerana ceritanya terlalu panjang.....
Ringkasan ini tentang Nabi Muhammad s.a.w. . Cerita ini ceritakan keturunannya dan lain-lain. Ibunya bernama Aminah Binti Wahab dan ayahnya bernama Abdullah Bin Abdul Muttalib.
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dibidni oleh Siti Syifa' , iaitu ibu kepada sahabat Nabi yang terkemuka Abdul Rahman Bin Auf. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan, banyak perkara - perkara pelik yang tidak pernah berlaku oleh akal manusia akan berlakunya.Banyak bahagian peristiwa pelik dan anih yang dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman Bin Auf. Di rumah Abdul Muttalib pula, berhala-hala yang berdiri megah di sekeliling Ka'abah semua tumbang seperti ditolak oleh suatu tenaga yang kuat dari arah Ka'abah.
Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berumur beberapa hari, ibunya, Siti Aminah, telah berusaha mencari seorang perumpuan penyusu untuk menjadi ibu susu Nabi Muhammad s.a.w. kepadanya. Perubatan ini tidak ganjil kerana ini semua sudah menjadi adat kepada ramai ibu yang berada di Kota Mekah pada zaman itu. Siti Amirah akhirnya telah menemui seorang perempuan penyusu yang tinggal di dalam kawasan pendalaman atau dusun iaitu didesa bani Saad bernama Halimah Binti Abu Zu'aib as-Sa'adiah yang lebih terkenal Halimatus Sa'adiah. Suaminya pula, bernama al-Harith Bin Abdul Uzza.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berumur 6 tahun, ibunya Siti Aminah Binti Wahab telah membawa Nabi Muhammad ke Kota Yathrib(Madinah) untuk menziarahi makam ayahnya yang meninggal dunia dan dikebumikan di sana.Nabi Muhammad s.a.w. berangkat ke Yathrib hanyalah bersama-sama ibunya dan ditemani oleh Ummu Aiman, pengasuhnya.
Setelah menjalani kehidupan selaku seorang Nabi dan Rasul Ulul Azmi yang teragong, maka menjelang waktu Subuh hari Isnin pada tanggal tarikh 12 haribulan Rabiul Awwal tahun ke 11 hijrah, wafatlah Nabi Muhammad s.a.w. ketika dia sedang bersandar pada dada isteri tercintanya bernama Ummul Mu'minin Siti Aisyah Binti Abu Bakar as-Siddiq rha.Ketika itu dia sudah pun berusia 63 tahun 3 hari(mengikut perhintungan tahun qamariah) Jika mengikut perhintungan tahun syamsiah ,usia Nabi Muhammad s.a.w. ketika wafat ialah 61 tahun 84 hari.
Nabi Muhammad s.a.w. dikebumikan pada malam hari, iaitu pada malam Khamis akhirnya (15 Rabiul Awwal tahun ke 11 hijrah)..Nabi Muhammad seorang Nabi yang mulakan agama Islam..
Soalan:
1:Ada beberapa Nabi dan memberikan semua nama mereka.
2:Siapakah Aminah binti Wahab?
3:Siapakah ayah Nabi Muhammad s.a.w.?
4:Apa erti 'Quraisy'?
5:Apa terjadi apabila Nabi Muhammad s.a.w. baru dilahirkan?
Subscribe to:
Posts (Atom)
