
Permainan Tradisional Congkak ialah sejenis permainan tradisionalMelayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain.Ia juga dipanggil 'Jongkok'.
Permainan ini wujud sudah lama..Sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka tetapi tidak pasti asalnya,agaknya ia kerana pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu.
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasa dibuat menggunakan batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu.Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Informasi ini dipetik daripada : http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm
